Welcome To My Bloggie-2 :D hope u guys enjoy reading! #much love from me ♥





Sunday, 7 October 2012

Bukan sindir tapi nasihat :')

Sesetengah orang mesti ada yang salah anggap terhadap nasihat orang lain kan?
Nasihat yang diberikan selalunya atas dasar rasa kasih orang lain kepada kita bukan kerana hendak menyakiti hati kita. Tetapi, dalam memberi dan menerima nasihat pun ada caranya. Bagi saya, dalam hal ini kita harus positif dalam menerima nasihat yang diberikan.

Jangan salah faham 
nanti berdendam, 

jangan salah sangka 
nanti bersengketa dan 
jangan salah tuduh 
nanti bergaduh. 
Ingatlah, kalau salah sebut 
kita hanya mengarut 
tetapi kalau salah sangka 
kita sentiasa mengata.
Jauhilah dari prasangka,
sesungguhnya prasangka itu dosa.